KUALA LUMPUR 3 April - Koperasi Penjawat Awam
1Malaysia Berhad (KPA1B) yang baru ditubuhkan bulan lalu mampu menyaingi
pencapaian koperasi gergasi lain jika semua 1.4 juta penjawat awam di
seluruh negara menyertainya. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain mampu menjadi koperasi terbesar
dengan bilangan ahli yang ramai, KPA1B berkeupayaan mengumpul modal
besar.Ini kerana menurutnya, melalui yuran penyertaan minimum yang
dikenakan RM10 untuk seorang penjawat awam, koperasi itu mampu mengumpul
sebanyak RM14 juta.
''Saya percaya koperasi ini boleh mengumpul modal yang besar. Kalau
bayaran yuran RM100, koperasi sudah dapat RM140 juta," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat
Kesedaran Berkoperasi dan menyampaikan geran bantuan pembangunan
RM100,000 daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada KPA1B, di
sini hari ini.Turut hadir pada majlis itu, Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang juga Pengerusi
KPA1B Malaysia, Datuk Omar Osman.
Menurut Ismail Sabri, hasrat tersebut tidak mustahil dicapai
sekiranya seluruh penjawat awam bekerjasama membangunkan koperasi
berkenaan seperti diamalkan oleh kebanyakan penjawat awam di
negara-negara maju. Di Singapura misalnya, kata beliau, koperasi awam lebih digeruni
kerana menguasai pelbagai sektor perniagaan terutama bidang peruncitan
menyebabkan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant sukar bersaing
dalam bidang berkenaan.
''Apa yang penting, untuk menyertai koperasi bukan untuk berhutang,
ahli kena betulkan persepsi tersebut dan saya harap, pengurusan koperasi
ini nanti diuruskan oleh tenaga profesional agar penubuhannya mencapai
matlamat," kata beliau.
Sertai Rakan Koperasi 1KUBSB
BalasPadam...dapatkan diskaun, baucar dan rebat tunai untuk koperasi tuan/puan. Cepat, tawaran TERHAD!
cawangan di kedah?
BalasPadam